GALERI PROF. K
Galeri ini khusus mempamerkan gambar berkualiti tinggi dan siap berbingkai untuk hiasan dalaman. Fokus galeri ini kini ialah keindahan seni bina dan seni hias Islam yang terdapat di Makkah, Madinah, Qubbat As-Sakhrah (Dome of the Rock) dan Masjid al-Aqsa (Jerusalem), Istana Alhambra dan Masjid Agong Cordoba (Sepanyol), masjid warisan di Isfahan dan Shiraz (Iran), Masjid Biru di Istanbul (Turki), dan warisan Islam lain di Morocco, India, Uzbekistan, Kazakhstan, dan China.
Galeri Prof. K
Alamat: Taman Desa YT (Yayasan Terengganu),
Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu.
Untuk lawatan dan harga, sila hubungi:
Prof. K: 016-9735656, 012-6177239,
Prof. Fachri: 014-8112746, Suhaimi: 019-9545479
Rekabentuk
(termasuk arkitektur) dan seni hias Islam bermula dan berkembang, pada tahap
awalnya, selama dua abad sejak tahun (kalender Barat) 622, iaitu tahun pertama
Hijrah. Selain seni kaligrafi, seni hias
lembaran al-Quran, seramik dan pepasu, permaidani dan barang kemasan, hasil
arkitektur dan seni hias dalaman Islam amatlah menarik untuk dikaji. Ini ialah
kerana kedua-dua produk daya imaginasi dan kesenian Islam ini telah bertapak dalam
pelbagai komuniti Islam di lima puluh buah negara Islam di dunia.
Cetakan atas kertas lukisan, dijamin berkualiti selama
100 tahun, saiz 30x40 inci dan tidak berbingkai.