








Pada bulan Jun 2011 saya berkesempatan melawat Alhambra yang terletak di kota Granada, Andalusia, Sepanyol. Alhambra ialah sebuah istana yang dibangunkan pada abad ke-14 oleh Emir Dinasti Nasrid, daripada Bani Umayyah. Keindahan rekabentuk dan hiasan dalamannya, berteraskan prinsip Islam, cukup mengkagumkan. Saya sekeluarga menghabiskan kira-kira sepuluh jam dalam kawasan Alhambra ini. Saya sempat mengambil ratusan gambar. Di sini saya muatkan beberapa gambar terpilih. Kebanyakan gambar ini telah saya cetak pada kertas lukisan bersaiz 30x40 inci. Setelah cetakan ini disaptu varnish (supaya bertahan lama) dan difremkan, saya menyusun gambar-gambar ini di Galeri Prof. K, di Kuala Terengganu. Gambar-gambar ini dapat membangkitkan rasa kekaguman terhadap kegemilangan seni bina Islam pada abad ke-14 tersebut. Saya bayangkan, jika gambar-gambar bersaiz besar ini tergantung di ruang tamu di rumah kita, ia boleh membangkitkan perasaan bangga kita sebagai umat Islam yang hasil karya dan seni binanya terus dikagumi oleh ribuan pengunjung Alhambra setiap hari. Orang ramai dipersilakan melawat galeri ini pada waktu pejabat. Untuk maklumat lanjut atau pun mengatur temu janji, sila telefon saya: 012-6177239.




Di sini, saya muatkan beberapa gambar daripada ratusan gambar yang sempat saya ambil. Gambar-gambar ini tercetak di atas kertas lukisan kualiti tinggi dengan saz kecil, sederhana dan besar (30x40 inci) dan berbingkai. Setiap satu gambar hiasan ini dijual dengan harga antara RM70 hingga RM1,500.
mohon share post ya tuan.
ReplyDelete