





Masjid Agong Cordoba, Andalusia, Sepanyol: Pada Jun 2011 saya dan keluarga berkesempatan melawat bandar Cordoba, Sepanyol, untuk melawat masjid yang tertua di Eropah. Masjid Agung Cordoba mula dibena pada tahun 784 oleh Emir Bani Umayyah yang memerintah Cordoba (dalam kawasan Andalusia, Sepanyol), dan siap pembinaannya pada tahun 987. Masjid ini, menurut sejarahnya, dibangunkan di satu tapak yang sebelum itu merupakan sebuah kuil agama pagan, dan kemudiannya dijadikan gereja Kristian. Masjid ini digunakan oleh umat Islam Cordoba hinggalah pemerintah Islam di Cordoba dikalahkan oleh pemimpin Kristian pada tahun 1236. Kini mesjid ini lebih dikenali sebagai Gereja-Masjid Agung Cordoba, kerana walaupun masjid yang asal masih wujud, namun dibahagian tengahnya telah dijadikan gereja. Para pelancung berduyun-duyun melawat masjid ini setiap hari. Pelancung Islam sentiasa dingatkan oleh para pengawal bahawa mereka tidak dibenarkan melakukan solat dalam masjid ini (termasuklah saya sendiri).
Sebagai seorang peminat fotografi, saya merasa bertuah dapat merakamkan keindahan masjid ini. Sebagai seorang Islam, saya amat kagum dengan kehebatan senibena dan seni hias Islam. Masjid ini sungguh luas. Para pengkaji menyatakan bahawa gaya binaannya dipengaruhi oleh gaya Moorish dan Renaissance (Arab & Eropah). Bahagian dalamnya mempunyai 856 tiang yang diperbuat dari batu marmar dan digabungkan dengan batu-batu lain yang indah-indah. Lantainya juga dari batu marmar. Silingnya yang tinggi disokong oleh ratusan tiang serta dua lapisan peran melengkung dari konkrit. Aspek kejuruteraan dan astetika berjaya digabungkan dengan kepintaran zaman tersebut (tanpa bantuan jentera berat dan komputer). Ketahanan binaannya tentulah tidak dapat diragui lagi, kerana masjid ini kini telah pun berusia melebihi seribu tahun.
Saya sendiri sedang mengkaji kehebatan astetika seni bina Islam ini dan sedang membaca sebuah buku yang bertajuk Islam: Art and Architecture yang disunting oleh Markus Hattstein & Peter Delius (H.T.Ulmann: 2010).
Di sini, saya muatkan beberapa gambar daripada ratusan gambar yang sempat saya ambil. Gambar-gambar ini tercetak di atas kertas lukisan kualiti tinggi dengan saz kecil, sederhana dan besar (30x40 inci) dan berbingkai. Setiap satu gambar hiasan ini dijual dengan harga antara RM70 hingga RM1,500.
Koleksi gambar ini kini terdapat di Galeri Prof. K, Taman Desa Yayasan Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu.
Di sini, saya muatkan beberapa gambar daripada ratusan gambar yang sempat saya ambil. Gambar-gambar ini tercetak di atas kertas lukisan kualiti tinggi dengan saz kecil, sederhana dan besar (30x40 inci) dan berbingkai. Setiap satu gambar hiasan ini dijual dengan harga antara RM70 hingga RM1,500.
Koleksi gambar ini kini terdapat di Galeri Prof. K, Taman Desa Yayasan Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu.
Arkitek dan jurutera zaman Ummayah memang berbakat besar.
ReplyDelete